Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

GUA KOTA GELANGGI

Terletak kira-kira 25 km dari bandar Jerantut, gua lagenda ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Gua-gua di sini dikenali dengan nama kota iaitu Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota Rehut, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Jin dan Kota Balai. Gua Kota Gelanggi sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai. Terdapat pelbagai bentuk batu yang menyerupai manusia bersanding, ular, singa dan sebagainya. Kejadian ini dikaitkan dengan sumpahan Sang Kelembai iaitu makhluk yang mempunyai kuasa sakti yang menyumpah sesuatu menjadi batu. Mengikut kajian Muzium Negara pada tahun 1981, terdapat bukti bahawa barang-barang yang dijumpai di dalamnya adalah tinggalan manusia zaman purba.

Terdapat juga pengkaji sejarah mengatakan gua ini pada masa dahulu adalah sebuah negeri yang besar. Gua ini dipercayai tempat persembunyian Maharaja Dewa Sura ketika diburu oleh angkatan Melaka pada abad ke-15. Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah juga dikatakan berlindung dan bertapa di dalam gua ini. Asal usul nama Gelanggi ini berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio. Pada masa itu, tempat ini dipercayai diminati oleh orang-orang Siam. Kisah Lagenda menceritakan kawasan ini telah diperintah oleh Raja Gelanggi yang mempunyai seorang puteri yang cantik. Anak Raja Mambang dari Lipis telah melamar puteri tersebut. Walau bagaimanapun, anak Raja Usul dari Bera telah bertemu dengan puteri tersebut semasa berburu, lalu jatuh cinta dan bersetuju untuk berkahwin. Perkara ini telah diketahui oleh anak Raja Mambang lalu menyerang anak Raja Usul. Anak Raja Mambang mati dibunuh oleh anak Raja Usul lalu anak Raja Usul berkahwin dengan Puteri Gelangi.

 

SUMBER:http://www.mdjerantut.gov.my

LUBUK UJID

Lubuk Ujid adalah Lokasi perkelahan yang sangat menarik untuk dilawati. Lokasi Lubuk Ujid adalah lebih kurang 15 kilometer dari Bandar Maran dan terletak di Kuala Sentul. Setiap hari lokasi ini menerima kunjungan dari segenap lapis masyarakat kerana kedalaman air dan keadaan air yang bersih amat sesuai untuk seisi keluarga.

 

maxresdefault

 

AIR TERJUN TELADAS

Air Terjun Teladas merupakan lokasi pelancongan yang sangat menarik dan mudah untuk dikunjungi oleh seisi keluarga samada untuk berkelah, mandi manda atau untuk menghirup udara segar. Lokasi yang strategik hanya lebih kurang 3 kilometer sahaja dari Bandar Maran menjadikan lokasi ini senang untuk di kunjungi.

Air-Terjun-Teladas-drplaces

 

SUNGAI BERKELAH

Sungai Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan. Air terjun Sungai Berkelah ini terdiri daripada tujuh peringkat tetapi menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, sebenarnya Hutan Lipur Berkelah ini terdapat lebih daripada tujuh peringkat air terjun. Air terjun di peringkat ke 7 mempunyai ketinggian yang beranggaran 50 meter. Namun, selain daripada melalui Maran untuk ke Sungai Berkelah, anda juga boleh pergi ke Sungai Berkelah melalui Felda Lepar Utara yang mana lebih dekat dengan air terjun peringkat 7. Ada juga sumber menyatakan yang Sungai Berkelah mempunyai lebih daripada 7 peringkat air terjun dan lebih mudah untuk sampai ke sana melalui Felda Lepar Utara